Baru ada masa nak update entry. Selalunya, ada saja masa tapi tak tahu nak update apa. Kekosongan idea. Baru pagi ni baru ada idea. Tajuk entry Nisa kali ini ilah "Cara Menghindari Daripada Ditipu Oleh Sponsor".
Sekarang ada banyak kes ditipu sponsorla, pembuat GAnya la. Macam-macam penipuan. Beberapa minggu lepas, ada 3 blog kena tipu dengan sorang sponsor ni. Kesian betul mereka. Tak nak bazir masa, Nisa teruskan entry Nisa.
Kalau menang hadiah topup, kita happy sangat kan. Bermula dari topupla, penipuan berlaku. Nisa ada cara Nisa sendiri supaya topup tu sampai juga ke tangan Nisa. Selalunya, maklumat untuk topup akan diberikan sekali dengan nombor telefon, contohnya :
Nama penuh : ...Link : ...No.Telefon : ..Rangkaian : ..
Dekat atas merupakan antara salah satu contoh details yang selalu kena bagi dekat para sponsor. Yang nombor telefon tu korang JANGAN LETAK! Biarkan kosong. Korang tulisla korang guna rangkaian apa. Suruh dia beli dulu then bagi kod pin topup tu. Macam ni baru selamat. Takkan ada tipu-tipu punya. Kalau dia tipu juga, korang janganlah pergi rumah dia, cekup teruss~ Selain itu, nombor telefon korang pun selamat kan.
Next, barangan pos. Yang ini senang saja nak uruskan. Bila korang nak bagi maklumat, mesti salah satu contoh maklumat macam ni :
Nama penuh :Link :Alamat :Tel. Rumah :
Kali ini semua korang masukkan. Cuma nombor telefon tu korang ganti dengan nombor telefon rumah. Kalau korang takda, gunalah nombor telefon parents korang. Nisa suggestkan guna telefon rumahlah, senang polis nak detect sponsor tu kalau dia pernah call sekali dua tanya alamat. Kalau NIsa, Nisa letak nom. rumah dengan no. telefon ibu Nisa.
Okeyla, Nisa harap Nisa dapat membantu korang. Kalau ada apa-apa soalan, komen ja kat bawah. Insyallah, Nisa respond =)
9 comments:
yeah semoga panduan ini dapat mencegah dari kena kelentong
@onlajer Insyallah =)
bile sponsor dah lari, kesian penganjur yang kene tanggung semuanya. hurm
Selalunya masalah saya bila sponsor tak respon.. Huhu..
ish3 ape la yg dia dpt dok tipu org. ish3. nisa pnh kena ke?
hati org kita tak tau...
HURM , kita pun da kena banyak kali daripada sponsor , GA tu habis bulan 5 tapi smpai sekarang , takdapat lagi :'( . terasa macam boring je nak join GA dgn SEGMEN lagi da .
Thanks, nice tips. ^^
Entahlah, Nisa alhamdullilah belum kena lagi. BTW. suka sangat sebab dapat respond positif korang =)
Post a Comment